LANTARAN isu boikot rakyat negara China terhadap Malaysia berikutan
insiden pesawat MH370, penyanyi Shila Amzah yang sedang mencipta
nama di sana turut terkena tempiasnya.
Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini
menyaksikanShila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya.
Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana
persembahannya jarang sekali mengecewakan.
Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata
keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka.
“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan
kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu
MH370.
“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa
apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian
penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamatkan
peserta tertentu.
“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan dengan baik dan peminat yang terserempak
dengan Shila begitu teruja nak bergambar.
“Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh
peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika
membuat persembahan,” katanya.
Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat programtersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak
bersikap profesional dalam hal ini
Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan
mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.-newshub