Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki tua meminum air basuhan
kaki bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri pertengahan bulan
lepas mendapat reaksi yang negatif di negara tersebut.
Rata-rata tidak faham mengapa Cecep Ondon Iskandar, 68, tergamak bertindak
demikian.Difahamkan, lelaki kelahiran Tomo, Sumedang Jawa Barat itu bukan
sahaja tidak rasa jijik malah bangga kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk
meminum dan mencuci mukanya dengan air basuhan kaki Megawati sebelum dia
meninggal dunia.
Malah Cecep mengaku, dia pernah terfikir mahu ke Jakarta bertemu Megawati
di rumahnya bagi menunaikan hasrat itu tapi dibatalkan kerana masalah biaya.
Kata Cecep yang merupakan ahli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan
(PDI-P) yang diketuai Megawati, perkara itu juga dilakukannya bagi mengubat
kerinduan terhadap bapa Megawati, Soekarno.
Impiannya kini kesampaian namun ia rupa-rupanya mengundang komen negatif
orang ramai dan menjadi trending di media sosial.
Di Twitter, ramai yang mengeluarkan komen berasa jijik dengan perbuatan itu
dan tidak menyangka masih ada orang yang taksub dengan pemimpin hingga
sanggup berbuat begitu. – MYNEWSHUB