Gambar ahli keluarga mangsa sedih di eskalator PWTC berikutan pengesahan PM
Najib ia hilang terhempas di Lautan Hindi. Ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang
diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia.
Ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diter-bangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH
370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga
terlibat memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.“Dengan penuh
rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 telah hilang
dan tiada yang terselamat.”