Port Dickson - Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh
di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli
perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.
Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum
dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.
Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit
Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.
"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan
ke Bukit Pelandok itu."Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras
tiga bulan lalu," katanya.Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya
dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.
Laporan asal mymetro