Seperti yang umum sedia maklum, kebanyakan ahli keluarga dan waris penump-
ang kapal terbang MH370 di China tidak dapat menerima kenyataan apabila
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa
pesawat berkenaan hilang di Lautan Hindi.
Sejak pengumuman tersebut, kedutaan Malaysia di negara China menjadi lokasi
keluarga mangsa berkumpul dan mengadakan protes secara besar-besaran.
Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di China, Fish Leong
juga tidak terkecuali dari terkena tempias hingga menyebabkan dia dan beberapa selebriti lain dibuli di lamansiber.
Difahamkan, Leong telah mengemaskini laman sosial miliknya seakan
memperingati mereka yang tidak bernasib baik di dalam kapal terbang
tersebut, bagaimanapun tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan
para netizen di China.
Selain menghamburkan kata-kata kesat kepada Leong, salah seorang pengguna
laman sosial juga memaki hamun anak di dalam kandungan penyanyi itu.
Bagaimanapun, terdapat juga pihak membela Fish dengan meminta mereka yang
memaki hamunnya supaya berfikir secara rasional dan tidak menyalahkan
penyanyi-penyanyi Malaysia di atas insiden ini.
Adakah Fish Leong juruterbang pesawat MH370? Adakah Leong bertanggung
jawab merampas pesawat itu? Adakah Leong yang membuatkan pesawat itu
terhempas?Jika jawapan kepada semua soalan ini adalah Tidak, lebih baik
berdiam diri.Berhenti menjatuhkan air muka kita (People’s Republic of China).