Devon (England): Seorang penjenayah setinggi dua meter dibebaskan dari
tahanan selepas hakim menyatakan katil dan pakaian seragam penjara terlalu
kecil untuknya.Jude Medcalf, 23, dari Newton Abbot melakukan jenayah
selepas dia disahkan menghidap sindrom Klinefelter.
Penyakit itu mengganggu sistem tumbesarannya, menyebabkan dia terus me-
mbesar. Dalam satu kejadian terbaru, dia menakutkan seorang wanita dengan
melepaskan tembakan menggunakan pistol tiruan melalui sebuah tingkap
sebelum melarikan hadiah Krismas bernilai £30 (RM163) dan sejumlah wang
daripada pejabat Perk-hidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS),
lapor mahkamah Exeter Crown.
Mahkamah diberitahu yang Medcalf kemudiannya ditemui dengan makanan
yang dicuri dari kelab The Sloop ketika kakitangannya leka.
Dia dibebaskan dari penjara selepas mahkamah mendapati dia sudah 75 hari
ditahan.
Ketika dalam tahanan, dia berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana
tiada katil atau pakaian penjara yang muat dengannya.
Medcalf yang turut menghidap masalah kecelaruan kromosom hingga menye-
babkan dia bersikap keanak-anakan dikenakan hukuman enam bulan tahanan
rumah dan 12 bulan khidmat komuniti.
Pendakwa raya, Brian Fitzherbert memberitahu mahkamah Medcalf menembak
teman wanitanya selepas mendapati wanita itu menghubungi polis kerana dia
menyerang kereta rakannya di Torquay.
Tembakan itu bagaimanapun terkena cermin tingkap.
“Wanita itu ketakutan. Dia tidak mengetahui pistol yang digunakan tiruan,” kata Brian.
Medcalf mengaku bersalah memiliki pistol tiruan dan melakukan jenayah dengan
senjata itu ketika dia mula dibicarakan. - AFP-Mymetro