Nampaknya, sebilangan rakyat Malaysia mempunyai ‘hobi baru’ iaitu berlakon
menjadi orang lain di Twitter.
Kemungkinan besar, individu yang suka melakukan perkara ini terdiri daripada
mereka yang tidak ada kerja atau ketagih perhatian.
Terbaru, sebuah akaun Twitter dipercayai parodi dihasilkan seseorang mengguna-
kan twithandle @DatukMahaguru.
Akaun ini dipercayai dibuat susulan populariti yang diraih Bomoh Mahaguru Mat
Zainselepas melakukan ritual pelik di KLIA ketika orang sedang sibuk tentang
nasib pesawat MH370 selain cabarannya untuk menampar seorang ahli politik
melalui YouTube.
Tak dinafikan, membaca Twitter parodi kadang-kadang memang menghiburkan
tapi sesetengah perkara seperti isu melibatkan tragedi tidak harus dibuat main-main.
Sesetengah orang yang membuat lawak membabitkan isu MH370 mungkin beranggapan mereka hanya mahu memeriahkan keadaan tapi ketahuilah,
perkara ini tidak kelakar langsung bagi pemimpin negara dan pihak berkuasa
yang sedang bertungkus lumus mencari pesawat negara tersebut.
Pada masa sama, lawak tidak kena tempat seperti ini sudah tentu menghiris
perasaan anggota keluarga dan waris penumpang serta anak kapal terlibat.
-NEWSHUB