Penduduk di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara
berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang pada 29 Mac ini pada pukul 1.20
petang dan pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.
Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN)
dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi
mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.
“Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5
darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa
berbeza mengikut kedudukan lokasi.
“Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini
pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,” kata kenyataan
itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang
pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.Tambah kenyataan itu, pada
waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala
pada waktu tengahari.
Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri
sekiranya berdiri di kawasan lapang.Orang ramai yang mahu mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan fenomena itu diminta menghubungi Observatori
Negara Langkawi AAN di talian 04-966 8870.”Laporan asal Mynewshub.my