INSIDEN kehilangan pesawat MH370 ternyata mengundang suasana sedih dan
muram bukan sahaja di kalangan waris penumpang dan krew penerbangan,
malah turut dirasai oleh orang ramai.Bagaimanapun, selepas 20 hari kehilan-
gannya, ramai ahli keluarga yang mula redha dan menerima hakikat mereka
mungkin telah kehilan-gan orang tersayang terutamanya selepas pengumuman
yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menge-sahkan pesawat tersebut mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.
Namun, suasana yang berbeza pula berlaku di Beijing, China apabila rata-rata
mereka tidak berpuas hati dan melahirkan kemarahan secara melampau terma-
suklah menuduh Malaysia sebagai ‘pembunuh’.Menerusi tulisan Celia Lim yang
disiarkan di beberapa portal Singapura, dia membidas sikap waris keluarga
penumpang China yang disifatkannya sebagai ‘luar biasa’.
“Semakin hari, kesedihan itu diluahkan dengan cara menjerit, membaling
objek, permintaan yang bukanbukan, menyerang sidang media, mogok lapar dan mengadakan protes di Kedutaan Malaysia di Beijing. Memang menye-
dihkan apabila kehilangan orang tersayang. Tetapi, ramai lagi keluarga
penumpang negara lain yang sedih dan kecewa! Namun, mereka tidak
bertindak seperti keluarga penumpang China.
“Adakah ia disebabkan budaya dan sosial yang berbeza? Xenophobia?
Atau mungkin kerajaan China dan medianya telah secara sengaja atau
tidak sengaja menyemarakkan api kemarahan di kalangan mereka?
“Apabila penerbangan domestik China terhempas dan mengorbankan
kesemua penumpangnya, saya tidak melihat pula televisyen menyiarkan
kesedihan ahli keluarga mereka sehingga membaling objek ke arah
pegawai kerajaan atau mengadakan mogok lapar,” katanya.
Tambah Celia lagi, dia percaya mungkin kerajaan Malaysia tidak menangani
keadaan ini seperti yang sepatutnya, namun harus diingatkan bahawa insiden
ini merupakan bencana yang tidak pernah disangka-sangka.
“Ia umpama mencari jarum dalam sisa rumput kering, tambah-tambah pula
jika anda langsung tidak tahu di kawasan rumput mana ia berada. Ia misi yang hampir mustahil! Dengan hampir 26 negara terlibat dalam pencarian
ini, bukan semua mereka sanggup berkongsi informasi dan laporan kepada
Malaysia.
“Sesetengah maklumat yang berkaitan dengan kawasan tertentu, pertaha-
nan kebangsaan, politik dan pandangan antarabangsa adalah sensitif dan
penting untuk dikongsikan begitu sahaja.
“Saya berharap masih ada keajaiban berlaku biarpun kesimpulan awal
yang diumumkan oleh Perdana Menteri menyatakan tiada yang terse-
lamat dalam insiden itu,” akhirinya.
Pandangan Celia itu turut dipersetujui oleh beberapa pembaca lain menerusi
laman Facebook The Real Singapore.
“Apakah erti ‘TAKDIR’ di China? Mungkin ada seseorang yang boleh men-jelaskan kepada mereka maksudnya. Jika mereka meninggal dunia kerana
penyakit, kemalangan atau sebarang bencana, suruh mereka buat banta-
han. Sudah-sudahlah..semua orang akan mati suatu hari nanti.”
Ahmad Johari pula berkata:
“Tidak sensitif daripada membazir tenaga di situ (protes), ada baiknya
mereka mengumpul maklumat dan membantu usaha mencari…”Bagi
penulis,tidak salah untuk melahirkan kesedihan, namun pada masa yang
sama mereka juga perlu melihat insiden ini dari segenap segi dan tidak
hanya memikirkan perasaan mereka sahaja.MYNEWSHUB.MY