Memasuki hari ke-18 misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, pelbagai
teori serta konspirasi yang dikongsikan oleh ‘pakar-pakar penerbangan’ di luar
sana.
Itu belum lagi media-media asing yang sering kali memberikan berita serta
fakta yang tidak betul mengenai insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Tonton video ini di mana pengacara wanita program Morning Joe, Mika
Brzezinski yang memotong percakapan rakan setugasnya yang terus-terusan
memberikan pelbagai teori mengenai MH370.
Mika mengatakan, “jika kita fokus kepada cerita yang direka (teori) dalam
usaha untuk menaikkan rating dan kemudiannya penonton akan terikut-ikut
dengan perkara tersebut, ini memang tidak patut”.Mika menghentikan
cakap-cakap yang keterlaluan dan turut menyatakan sepatutnya mereka
melaporkan berdasarkan fakta dan bukannya mewujudkan sebarang teori
atau konspirasi untuk mengeruhkan lagi keadaan.