Akhirnya setelah sekian lama menyendiri, hati Sarimah Ibrahim kini telah
dimiliki oleh Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar. Jejaka ini merupakan
cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10. Memang
sama cantik dan sama padan. Semoga hubungan percintaan kali ini berke-
kalan ke jinjang pelamin dan buat selama-lamanya.
Sarimah yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini berkata yang
dia agar gementar untuk memperkenalkan kekasih barunya ini.
Sememangnya saya agak gementar untuk memperkenalkan dia (Tunku
Nadzimuddin) kepada pihak media. Yalah mengenangkan apa yang telah
terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini. Tapi, saya harapkan semuanya
akan baik-baik saja selepas ini