Xiamen - Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan
suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu ter-
campak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.
Tag : Bayi Terkeluar & Tercampak 3 Meter Dari Kandungan Wanita
Digilis LoriWang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan
ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka
dirempuh lori.
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menye-
babkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak
sejauh tiga meter.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari
kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka
selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu
hanya calar-balar.Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi
yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati
selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak
daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram
itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30
pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak
menunggu ambulans.Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki
motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing
Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.Polis mengesahkan mereka menahan
pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi
tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbang-
kan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital
dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. Metro