Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu,
Rita Rudaini dilihat amat tabah dan kuat untuk menggalas tanggungjawab
nya itu dengan sebaik mungkin.
Dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel, Airit Rayyan Rizqin dan
Airit Rafqa Arjuna, wanita cantik ini kelihatan bahagia dan tenang dengan
kehidupannya kini.
Malah, pelakon berusia 37 tahun ini tidak lekang untuk memuat naik foto
dirinya bersama 2 orang putera kesayangan itu di laman Instagram.
Semakin cantik dan berseri pula wajah Rita kan? Menerusi ruangan komen, para
peminat turut menyatakan rasa kagum mereka terhadap semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh pelakon ini.
Menganggap kedua orang anaknya itu sebagai nyawa, beberapa caption foto
yang ditulis oleh Rita juga telah membuatkan peminatnya terharu dan mendoa
kan yang terbaik untuk mereka.
Tiada siapa dpt pisahkan kami..mommy korbankan hidup mommy utkmu
ank2 mommy x mintak balasan tp mintak di kenang saja #ryanarjunarudaini.
Alhamdulillah.. Arjuna2 mommy da tido..bila ank2 da tido,automatik hati
kita sbgai ibu sebak melihat dorg kan. x sangka dulu kecik je skrg da besar
da ble suap mkn sendiri. mmm..jap lg jenuh mommy nk cari pot selit kt mana
nk tido..slalunye pot mommy kt tgh2 sbb nk bg adil sbb dua2 mintk mommy
usap belakang sblm tido. ‘korg buat mommy bahagia ank2ku..tkasih’ ?
#ryanarjunarudaini
-Oh Bulan