Terkini, Hj Amiruddin memuat naik sekeping gambar selfie Adi Putra yang
hanya mengenakan tuala di bilik air di laman Instagram miliknya.
“Yes my X salad tapi the other tai mengaku” comment Hj Amiruddin dalam
gambar tersebut.
Motif tersebut tidak dapat dikenalpasti, barangkali masih berang dengan
keadilan yang tidak menyebelahi dirinya.
Menurut blog Tengok TV Online, bukti-bukti bergambar seperti itu sepatutnya
didedahkan semasa awal kes. Namun Hj Amiruddin dan Nooraida yang
ketika itu masih berstatuskan suami isteri hanya mendedahkan salinan
rakaman sms di antara Nooraida dan sms yang kononnya dari Adi Putra.
Menurut forumer forum CARI pula, gambar topless Adi Putra ini sudah
tersebar dari dulu lagi. Bermakna ia bukanlah gambar terkini.
Sekali lagi timbul persoalan di sini, apakah motif Hj Amiruddin yang
sebenarnya??