SATU taklimat untuk ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang di-
adakan di Hotel Everly, Putrajaya tegang dan panas dengan provokasi dari ahli
keluarga tertentu.
Sesi berkenaan diadakan selepas pengumuman penting Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa pesawat berkenaan telah me-
ngakhiri penerbangannya di Lautan Hindi hasil analisis data satelit Inmarsat.
Program itu diadakan dalam keadaan tertutup dan wartawan dilarang mengha-
dirinya dan membuat liputan.
Video rakaman peribadi daripada seorang ahli keluarga dimuatnaik di Laman
YouTube pada semalam.
Seorang wanita dilihat paling banyak bersuara dan butiran percakapannya tidak
jelas tetapi dia banyak bertanyakan soalan provokasi dan mengajak para ahli
keluarga lain mengkritik Ahmad Jauhari yang terus tenang menjawab soalan
mereka.
Kedengaran juga permintaan dari sesetengah ahli keluarga yang mahukan media
hadir di dalam bilik berkenaan supaya berita sesi itu dapat diketahui seluruh
dunia.
Biarpun, Malaysia memainkan peranan hebat dalam menyelaras operasi mencari
melibatkan pelbagai negara tetapi bagi mereka, rela membiarkan media asing
terus mengkritik dan menyelar cara Malaysia mengendalikan krisis.
Kedengaran juga seorang lelaki berkata “Lepas tu tuduh Kapten Zaharie pula,”.
Perlu diketahui data satelit yang dianalisis menunjukkan sistem transponder dan
ACARS di dalam pesawat berkenaan telah dimatikan secara sengaja dan ia
dilihat diterbangkan dengan cara untuk mengelak dari dikesan radar.
Selain itu, pihak yang menuduh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad
Shah ialah media asing dan bukan dari pihak kerajaan Malaysia.
Apapun, satu pujian harus diberi kepada Ahmad Jauhari kerana terus tenang me-
ngendalikan sesi berkenaan dibantu beberapa orang lagi kakitangan MAS yang
turut hadir dalam sesi berkenaan. newshub