Pasangan selebriti yang semakin dihormati kerana penghijrahan mereka, Noh
Salleh dan Mizz Nina jarang sekali berkongsi foto-foto percutian untuk tata-
pan peminat.
Jika adapun sebelum ini hanyalah sekeping dua foto selain beberapa keping
gambar sewaktu mengerjakan Haji dan umrah tidak berapa lama dahulu.
Namun sejak tiga hari lalu, suami isteri ini dilihat aktif pula memuat naik gam-
bar-gambar mereka berdua sedang bercuti di Krabi, Thailand.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah apabila Noh
berkongsi sekeping gambar di laman sosial miliknya menunjukkan seolah-olah
Nina sedang berbadan dua.
Seorang peminat yang turut perasaan akan perbezaan Nina itu turut bertanya
kepada Noh sama ada benar isterinya itu kini hamil anak pertama mereka.
Namun pertanyaan itu dibiarkan tidak berjawab oleh Noh. Jika benar Nina dan
Noh bakal bergelar ibu bapa, tahniah diucapkan. Jika tidak pun, kami percaya
ramai peminat akan mendoakan agar mereka sama-sama dikurniakan rezeki
untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.-Oh bulan