Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga
seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya
kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yangmenganggap perbuatan
itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialahseorang pendidik.
Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun
yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga
telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain
juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut
berdarah.
Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah
dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat
berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.