Kini misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masuk
hari ke-13. Pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya
yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir
pesawat itu dilaporkan hilang.
Terkini, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam
air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan
hilang pada 8 Mac lalu.
Bezanya dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar
tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.Ia
didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir
penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu
dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai
ketulenan gambar tersebut, lapor mStar Online.