Pihak keluarga Firman Candra Siregar, salah penumpang pesawat MH370,
hinggakini masih belum boleh menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia
bahawapesawat tersebut telah berakhir di Lautan Hindi.
Alasan mereka untuk tidak mempercayai kenyataan dari Kerajaan Malaysia
itu ialah kakak kepada seorang penumpang yang berasal dari Indonesia men-
dakwa menerima 'Missed call' dari adiknya yang menaiki pesawat malang itu
selepas ianya hilang pada 8 Mac 2014 lalu.
Firman (tengah, gambar bawah) adalah salah seorang dari tujuh warga Indonesia
yang berada dalam penerbangan itu, selain Firman, Ferry Indra Suadaya, Herry
Indra Suadaya, Indra Suria Tanurisam, Willy Surijanto Wang, Lo Sugianto dan
ChynthiaVinny turut menaikin MH370 itu.
Kakak kandung Firman, January Siregar, mendakwa pihak keluarganya masih
mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.
"Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad
yang dipegang firman," kata January.
Perkara ini meyakinkan pihak keluarga penumpang dari Indonesia itu bahawa
Firman dan lain-lain penumpang masih selamat.
Apatah lagi, hingga ke saat ini hanya imej-imej dari Satelit yang menunjukkan
beberapa objek yang dipercayai sebagai milik MH370 masih tidak dapat disahkan
milik pesawat malang itu tiada objek fizikal yang menjadi bukti.
January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan,
maklumat ini sudah dinyatakan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan Malaysia
Airlines (MAS).
Rentetan dari itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang
yang berasal dari Indonesia telah mengirimkan petisyen agar Malaysia dan MAS
memberikan maklumat yang tepat dan telus.
"Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses
pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan," kata January.
Operasi mencari masih berterusan hingga ke hari ini, namun tergendala kerana
faktor cuaca.
Mereka kini mengajar masa, kerana menurut jangkaan pihak Biro Meteorologi
Australia, cuaca hari ini akan bertambah buruk..