Kuala Lumpur - Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui
penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak
tiga minggu lalu.
Dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan
pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia
12 tahun.
Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan
Keifli Othman.
Semangat anak lelakinya melawan penyakit turut menjadi kekuatan kepadanya
dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.
Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi
kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya
dan selesa dengan penampilannya itu.