Bagan Datoh – Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat
Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’
dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370
yang hilang secara misteri.
Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi
menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar tim-
bul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan
dibantu oleh beberapa buah negara asing.
Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang
dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang men-
gesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu
hilang di Lautan Hindi.
Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari
data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang me-
nyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).
Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah
terjatuh di Lautan Hindi.
“Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.
“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan
menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.
“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa
kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin
tuhan ia akan timbul,” katanya.
Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh
runcing.“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki
kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan
buluh runcing bagi menarik mangsa.
“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini
diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi .