Dalam kesibukkan mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, seorang juruter-
bang Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam operasi pencarian men-jadi sensasi internet apabila pemerhati online memuji penampilannya yang kacak
Leftenan Penerbangan Russel Adams ditemubual oleh stesen televisyen
Australia tentang peranannya dalam pencarian kapal terbang yang hilang
itu tetapi komen online lebih banyak memuji kekacakan beliau.
Antara komen yang diberikan:
Bukan niat melencong dari topik kehilangan MH370, tetapi Leftenan Russell
Adams seorang yang hot. Di negara lain dia pasti menjadi seorang model.
Di Australia dia jadi juruterbang saja.
Adams ialah salah seorang anggota tentera yang terlibat selepas Perancis
mengemukakan data satelit terbaru semalam yang menunjukkan objek yang
berkemungkinan merupakan serpihan jet MAS yang hilang, sewaktu mereka
yang terlibat meneruskan usaha untuk mencari di kawasan Lautan Hindi yang
paling terpencil.
Mereka sedang mencari satu pelet kayu yang besar kemungkinan ialah petunjuk
penting yang akan merungkaikan kehilangan yang dianggap antara misteri pener-bangan yang terbesar di dunia.
Berikut adalah gambar juruterbang kacak Australia: