Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad
Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang
MH370mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang
pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas
pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan
(FBI)Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan
dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik
terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja
dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat
selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan
penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai
membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan
maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya
malam tadi.
Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten
Zaharie Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat
suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur
mereka.
Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang
termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin
melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.
Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan
kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.
Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.
Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan
kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau
terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.
Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli
keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.
Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya
yang pernah bercakap kepada media.
Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui,
tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah
keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.
Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewahitu tidak mempunyai masalah kewangan. sumber