BACHOK- Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan
daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika Syarikat di
Kelantan.
Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan mendatangkan
curiga dalam kalangan rakyat Kelantan.
Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan telah dirakam olehaktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan tentera itu menuju
ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah.
“Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan titah ucapan
Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas
baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara Malaysia
bertajuk Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana
Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan
batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis.
“Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De Albuquerque kepada
King D Manuel tentang tekadnya untuk menghancurkan Makkah dan kota Muslim
yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi perang salib,” katanya.
Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Pusat mengingatkan kerajaan mengenai dak-
waan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan ke atas
Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central Intelligence
Agency(CIA), Edward Snowden.
Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan menyiasat kes pesawat MH370 bersama
dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan pengliba-
tan APCO.
Sementara itu, melalui beberapa laman blog kelmarin menyiarkan artikel Dewan
Rakyat yang dimaklumkan mengenai kehadiran tentera Amerika Syarikat ke
Kelantan pada awal bulan ini.
Melalui artikel itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ber-
kata, kehadiran mereka selama dua minggu dari 18 hingga 21 Mac untuk latihan
tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.
Menurutnya lagi, kehadiran tentera United States Army Pasific (USARPAC) itu
juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan jungle wellfare. Lati-
han sedemikian juga bakal diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014