Ipoh: Demi cinta, seorang pelakon dan ahli perniagaan di sini sanggup berbuat
apa saja bagi memenuhi kemahuan teman lelakinya termasuk membenarkan
dirinya ditiduri.
Namun selepas terlanjur dan kandungannya kini berusia enam bulan, lain pula
jadinya apabila lelaki berkenaan bukan saja tidak mengaku zuriatnya, malah
mengugut membelasah kekasihnya dengan mengupah samseng.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shelin, 29, turut dituduh perempuan jalang
dan pengedar dadah oleh lelaki berkenaan.
Menurutnya, lelaki yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah itu
pernah berjanji mengahwininya sebelum bertindak melarikan diri selepas menge-
tahui mengenai kandungannya itu.
SHELIN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
“Yang menjadi persoalan kini dia sudah bertunang dan mendaftar perkahwinan
dengan seorang perempuan lain dan akan melangsungkan majlis perkahwinan
pada April ini. - cari.com.my