Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku
berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher
Bollyn"telah membawa satu teori tentang kehilangan MH370.
Teori ini menjadi perbincangan hangat di kalangan warga siber setelah sekian
lama pencarian MH370 dilihat gagal.
Teori ini seiring dengan teori konsiprasi yang melibatkan Amerika Syarikat
yang telah banyak kita baca. Selain US sudah pasti tidak lain daripada puak
Yahudi atau Israel.
Untuk pengetahuan pembaca Bollyn juga turut membantu Profesor Steven
E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti- bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini. Akibat daripada analisis
tersebut kedua-dua mereka diserang oleh mereka yang tidak dikenali
dan dipenjara atas alasaan yang tidak manasabah.
Walaupun penglibatan Israel secara khusus tidak dapat dibuktikan, namun
ada banyak bukti (alibi) yang nyata dan boleh membuatkan teori ini turut
diperkatakan dalam perbincangan umum.
Kedutaan Israel juga didakwa "bercuti" tanpa sebarang alasan kukuh
pada pada hari kejadian kehilangan MH370 di mana mempunyai
persamaan dengan apa yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower,
Amerika Syarikat pada 9 November 2011.
Terdapat bukti lain yang lebih meyakinkan iaitu tindakan Israel membeli dan
memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6 (ER) lama milik Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat "kembar MH370" ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang
kecil di Tarbes Lourdes Pyrenees, Perancis pada 4 Oktober 2013
sebelum kapal terbang ini dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion,
Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.
Mengikut maklumat yang ada pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor
siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis,
LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum
didaftarkan sebagai N105GT.
Teori Bollyn mengapa Israel membeli dan cuba memiliki pesawat lama
MAS berkenaan?
Tonton video di bawah.
sumber