Menggemparkan-fakta tentang kanak-kanak 12 tahun menjadi pembunuh
upahan telah ditangkap oleh polis Peru, Selasa (18/3/2014).
Polis mengatakan, Nabil Blanco Cerda adalah pembunuh upahan termuda
yang pernah ditangkap di negeri itu. Nabil ditangkap bersama rakan-rakannya
di Chinca, wilayah Ica.
Nabil dijangka menjadi anggota geng yang menembak sebuah cafe dan
membunuh seorang anggota geng lawan dan dua oarang daripada geng
lawan cedera. Dia juga membunuh seorang anggota polis ketika lari dari
lokasi kejadian.
Hasil risikan anggota penyiasat Peru, akhirnya berjaya menangkap kumpulan
geng tersebut pada (16/3/2014).
Polis mengatakan, Nabil dan rakannya yang berusia 16 tahun dan beberapa
remaja ditangkap oleh Edwin Lopez Gabriel, seorang pemimpin geng yang
dikenal dengan sebutan "Loco Peluza".Kanak-kanak tersebut ditangakap dan
diajar menjadi gengster.
Polis menjelaskan, Gabriel membentuk sebuah syarikat untuk mengaburi
mata pihak berkuasa daripada mengetahui kegiatan kejahatannya. Dia kemudian
menggunakan "pekerja syarikat " itu untuk menakut-nakutkan para pengusaha
agar membayar wang perlindungan dan menyingkirkan pesaing perniagaan
mereka.
Beroperasi di bawah syarikat pekerja bangunan, kumpulan ini berkeliaran di
jalanan kota Chinca, menjual ubat terlarang(dadah), dan melakukan ugutan.
"Selama berbulan-bulan Gabriel menutupi kejahatannya dengan berpura-pura
menjadi pemimpin syarikat," kata salah seorang anggota polis.
Operasi pada hari Minggu itu, polis Berjaya menangkap 16 orang anggota geng
Gabriel. Namun, apa yang mengejutkan pihak polis adalah kumpulan geng itu
dipimpin oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Kanak-kanak itu juga
bertindak sebagai tukang ugut ketika geng kejahatan ini meminta wang
daripada orang awam.