Tak lekang dek kontroversi. Itulah realiti kehidupan aktor kacak, Sharnaaz Ahmadyang tidak pernah sunyi dari dunia hiburan tanah air.
Sudah menjadi adat resam menjadi selebriti, selain bakat, kisah kehidupan
peribadi turut mendapat perhatian. Sejak menjalani penggambaran drama
Bukan Kerana Aku Tak Cinta, timbul pula cerita kononnya Sharnaaz
bercinta dengan Nelydia Senrose.
Mungkin terlalu rimas dengan persoalan cinta, Sharnaaz telah memperi per-
ingatan supaya orang lain tidak masuk campur dalam urusan jodohnya.
Melalui laman sosial Instagram milik Sharnaaz, dia telah memuat naik foto
dengan caption seolah-olah memberi peringatan supaya tidak cuba menjo-
dohkan dirinya dengan mana-mana wanita.
This is my life!! Dengan sesiapa pun aku berjodohan dan ditakdirkan bukan
urusan anda diluar sana bermakhluk Allah, itu semua urusan Allah S.W.T.
Jangan lah anda memandai-mandai menjodohkan seseorang mahluk Allah
itu seperti “anda yg menjadikanya”Harap jgn ganggu hidup yg aku jalani
ini kerna aku, SAMPAI MAMPOS PUN BER BIN KAN AYAH AKU..
Salam semua #ismokeandidontcare
Mungkin Sharnaaz bertindak memuat naik status tersebut kerana terlalu penat
menjawab spekulasi percintaan yang timbul dan rimas apabila ada pihak yang
cuba menjodohkan dirinya.
Walaubagaimanapun, usaha kami untuk mendapatkan maklum balas dari
Sharnaaz tidak berhasil kerana difahamkan Sharnaaz kini berada diluar negara.
Dalam pada itu, peminat-peminat Sharnaaz dilihat tetap menyokong aktor kacak
ini selain mendoakan supaya Sharnaaz akan menemui jodohnya satu hari nanti.
-Ohbulan