Bukti paling pelik dalam sejarah menentukan sesebuah kapal terbang mengalami
kemalangan jatuh ke laut. Hanya dengan menemui pelet kayu dengan segera
keputusan dibuat bahawa MH370 jatuh menjunam ke dalam laut kerana berlaku
masalah dalam kabin.
Kalau kita punya saudara mara ada dalam MH 370 itu , adakah kita akan menerima keputusan ini bulat-bulat?
Jika Mh370 sebenarnya dirampas, Dengan hanya mencampakkan beberapa
muatan kargo ke Lautan Hindi, perampas pesawat MH370 boleh tidur lena
apabila pencarian ke atas mereka dihentikan. MH370 diisytiharkan terjunam ke
laut tanpa bukti serpihan badan pesawat.
Jika sekalipun serpihan badan persawat ditemui selepas ini , fikirkanlah mengapa
selepas 17 hari baru ditemui. Tidakkah terfikir MH370 dileraikan dan bahagian
pesawat di hanyutkan ke Lautan Hindi.
Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah
kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan
terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan
perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberianggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan
bahawapesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan
Hindi dibarat bandaraya Perth, Australia.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda,
bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di
selatan Lautan Hindi," kata Najib
Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi
taklimattergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan
pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.
Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih
dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan
dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan
Lautan Hindi.