Washington - Amerika Syarikat akan menghantar dron milik tentera laut
negaranya ke dasar laut dalam usaha mencari serpihan pesawat Malaysia
Airlines MH370,kata Pentagon.
Kenderaan dasar laut yang mempunyai kelengkapan sonar itu dikenali sebagai
Bluefin dan ia mampu menerokai perairan sehingga kedalaman hampir 15,000
kaki (4,572 meter).
Pengumuman untuk menggunakan kenderaan tersebut dibuat selepas beberapa
jam Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu hilang di Lautan Hindi.
Bagaimanapun, Pentagon berkata bahawa teknologi tersebut hanya boleh
digunakan apabila kawasan pencarian dikecilkan.
"Dalam usaha untuk teknologi ini berfungsi, anda perlu mengenal pasti kawasan
bawah laut yang anda mahu lihat," kata jurucakap Pentagon, Rear Admiral
John Kirby. (Reuters)-Rtm