Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 terhempas
di Selatan Lautan Hindi.Beliau mengesahkan mimpi ngeri yang selama ini ada
dalam kotak pemikiran kita tetapi tidak mahu kita terima.
Kita tetap berdoa agar keajaiban berlaku dan semua yang terlibat pulang dengan
selamat.Namun, kita hanya mampu merancang… tuhan jua yang menentukan
segalanya.
Kini, tumpuan adalah untuk mencari mangsa di dasar lautan dan serpihan serta
bangkai pesawat.Perasankah anda… kenyataan Najib bahawa MH370 terhempas
bukan bersandarkan sebarang penemuan serpihan tetapi berdasarkan laporan
satelit.
Bermakna, pencarian MH370 terutama kotak hitam sebenarnya masih sukar dan
mungkin masih jauh.Penemuan beberapa serpihan yang dilaporkan beberapa
negara belum dapat disahkan sebagai milik MH370.
Justeru… mencari MH370 termasuk jasad penumpangnya masih jauh.Suasana
lautan dan kedalaman Lautan Hindi yang ada kawasannya sehingga 7 kali ganda
ketinggian KLCC pasti boleh memberikan kita serba sedikit gambaran akan
cabaran yang menanti pasukan mencari MH370.mynewshub