Sharifah Sakinah pelakon yang tidak asing lagi dengan pelbagai kontroversi,
Sharifah Sakinah yang kini sibuk dengan program fitness yang dikelolakan oleh
nya.
Walaupun selalu dikecam kerana sering menayangkan bentuk badan terutama
bahagian perut dan punggung, nampaknya gadis ini langsung tidak mempeduli-kan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.
Aktif Anjur Program Fitness, Sharifah Sakinah Akui Sudah Ramai Mula Ikut
Jejaknya Tayang Perut. Terkini, Sakinah tampil dengan beberapa design tshirt
untuk programnya itu dengan tagline yang mencuri perhatian seperti ‘Cantik
Tak Bontot Saya’ dan juga ‘Joging Sampai Kentut’.
Tagline ‘Cantik Tak Bontot Saya’ yang mengundang kontroversi Prihatin
dengan perkara itu, terdapat segelintir peminat yang mengecam tagline
tersebut kerana dirasakan tidak sesuai dipakai terutama bagi golongan wanita.
Ada juga yang menganggap ia menggalakkan orang memandang ke tempat yang
tidak sepatutnya sekaligus mengundang kepada kejadian yang tidak baik seperti
pencabulan.
Mungkin niat Sakinah hanya untuk menaikkan semangat dan membuatkan peng-
ikutnya teruja untuk memiliki badan yang sihat dan mantap, namun, tagline yang digunakan dilihat sedikit keterlaluan.
Maklum sajalah, pemakaian juga mencerminkan sikap individu tersebut, jadi pe-
milihan pakaian itu penting supaya tidak menampakkan diri seseorang itu seperti tidak bermaruah.
Pada kami tidak salah untuk berfesyen dan berseronok, tetapi haruslah ada
batasannya dan menjaga adab pemakaian terutama bagi golongan wanita.
Jangan pula nanti, bila berlaku perkara yang tidak diingini, mulalah menuding
Jadi.
Walaubagaimanapun, melalui fitness Sakinah, ada juga beberapa design t-shirt
lain yang lebih manis dan elok untuk dipakai. Mari lihat disini.
oh bulan