SETAHUN SEBELUM PERISTIWA MH370
menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas
negara ini.Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara
kedua akan dilaksanakan.Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk
mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false
flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di
dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuh
kan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang
digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.Sentiasa
saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan
dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka,
kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan
yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS,
di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuh
kan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan
AfrikaSelatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :
1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga
minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam
urusan urusniaga minyak.
3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan
secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah
mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi
baruyang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi
yangdiamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang mengguna
kan sistemriba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang
dan dalam masayang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberi
kan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini,
memenjarakansetiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang
tidak akan habis.Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.
Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka
mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang
pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka
menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya
dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.
Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan
agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadan-
gan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika
di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.
Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr.
Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr.
Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin
berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memasti
kansetiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea
tersebut berulang kali.
Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah
kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka
sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara
kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara den-
gankeupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang di
geruni.Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan
bahawa inimerupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko
retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada
janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah
berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi
sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa,
tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika
krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya
kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga
menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah.
Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan
sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika
dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-
anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan
Russia.
Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan
kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada
akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankanAncshluss
(penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke
dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang
berlakutanpa diselindungkan.Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan
ekonominegaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki
daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.
Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi
membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan
golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang
sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana
milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia.
Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki
Russiadipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi,
ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek
dan Cyprus.
Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk
menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus mer-
upakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyim-pan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa
kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan
ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu
golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia.
Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharam
kan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepen-tingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisi Kembalinya dana dana
milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan
egera ter-ingat dengan tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir
bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara menghadapi krisis mata
wang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima yang dipasang
Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.
Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun
Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penen-
tang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan
Washingtontidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan
sokongan politikdi Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam
tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun
dahulu.
Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera
Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya
Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam
perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika
dengan penuh bergaya.
Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak mema-nipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokon-gan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my
friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong
Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan
segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan
prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati
China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana
yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the
enemy I killed last’.
Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan
beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah
Uighurtelah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Selu-
ruh negaraChina sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci
orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.
Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut
adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana
yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan
Mari kita lihat persamaannya.
Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka
telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National
Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah
pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa
Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan
menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga
tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang
wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai
denganpuak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang
sesamasendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan
Utara. Amerikasegera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-
anjing di dalam mediamereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad
Shah Masood. Oleh keranamajority daripada penduduk Afghanistan tidak
berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat
Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.
Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang
mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika
melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk
berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan
Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah men-
gejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh
puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah
menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada
orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk per-
cikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika
harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.-FB-zulsegamat
page