KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan yang mendakwa
bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang itu dilihat terbang
rendah di Maldives.
"Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia
telah pun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang men-
gesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar," katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini.
Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk
pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac,
pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang. Haveeru melaporkan penduduk
di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives men-
dakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan
MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada
skrin radar.
Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada
laluan penerbangan pesawat itu."Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu
terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan di
dokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal
sepanjang perjalanan pesawat itu keBeijing," katanya. - Bernama