Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh isteri Pramugara Kanan Wan Swaid Wan Ismail, Nur Laila Ngah yang kehilangan suaminya dalam tragedi MH370.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu disifatkan oleh isterinya sebagai seorang yang pendiam namun baik hati serta penyayang terhadap anak-anaknya.Sementara
itu, anak sulung Wan Swaid, Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat-saat manis
mereka adik beradik dengan ayahnya itu.
“Daddy pendiam, tak banyak cakap, dia tak suka marah-marah,” katanya
memetik laporan Astro Awani.
Haziq juga menyatakan keutamaannya kini adalah untuk sentiasa menyokong
ibunya mengharungi kehidupan mendatang mereka sekeluarga.
Wan Swaid merupakan 12 daripada anak kapal serta 227 penumpang yang dila-
porkan penerbangan mereka mengakhiri laluannya di selatan Lautan Hindi
seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin
lalu.
Penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), pada jam 12.41 pagi, 8 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing
pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Mynewshub.my