Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepa-da kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya men-
jadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.
Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata,
dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di TanahPerkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi men-
inggalkan semua.
“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur
atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Laut-
an Hindi.“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke
atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta
ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.
Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan
sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis
“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu
Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan
penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”