Jakarta - Badan penapisan filem Indonesia semalam mengharamkan sebuah filem
epik Hollywood yang berunsur agama dimana ia bertentangan dengan ajaran
Islam, Noah sekaligus menjadikan negara itu sebagai negara Islam terbaru men-
ghentikan tayangan filem berkenaan selepas Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab
Bersatu (UAE)
Menurut pegawainya, Zainut Tauhid Saadi, visual dan perbuatan yang menggam-
barkan rasul-rasul dan nabi-nabi Allah seperti yang dipaparkan dalam filem Noah
adalah dilarang dalam Islam. "Tayangan filem lakonan Russell Crowe itu
diharamkan di Indonesia kerana akan menyakiti hati penduduk beragama Islam
dan Kristian di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, pusat pengajian Islam terkemuka Mesir, Universiti Al-Azhar
turut menggesa kerajaan di negara itu agar tidak membenarkan tayangan filem
berkenaan. Malah, filem tersebut turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan
pertubuhan Kristian di Amerika Syarikat (AS) kerana filem itu tidak menggam-
barkan kisah yang sebenar dan terlalu kabur. - Lapor RTM.