Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence
Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa
ibu pejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana
Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalih
kan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem
rahsia dipercayai terletak di Ato Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkong-
sian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan
komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac
pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan ber-
serta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara
China, beserta 12 anak kapal.
Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya
Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja
ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan me-
mpunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan
berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila
dalam tempoh 24 jam kerjakerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan”
itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera
Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Knnedy, 43, dan Jeffrey
Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group
yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior
US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi
untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas
kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera mema-klumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan
mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil
bagimemastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja
pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak
diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari
destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport(HAK)
yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan).
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut
China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "
ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dantelah dikesan oleh satelit
dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan
hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan
MH370 berlaku, pakarpakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua
akseskomunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di
keselu-ruhan Kepulauan Spratly.
Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011
supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-
kapal saudagar dalam kawasan itu bolehmenggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan
Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerban-
gan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilaku-
kandari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem ter-
bang dengan wayar (fly-by wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual
kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi
membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana
pesawat dron.
Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem
komunikasi hanya boleh dinyahaktif secara manual; dan dalam insiden Penerban-
gan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti
dengan transponder (alat yang menghantar lokasidan altitud) yang telah ditutup
pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media
arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej
satelit LautanHindi dan Laut China Selaan daripada rejim Obama. Hal ini disebab
kan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawa-
san di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong
udara dan perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting,
Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerban-
gan MH370 keranamereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas
peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan
American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal
selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon,tetapi kemu-diannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.
Bicaraworld