Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek
yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang
sejak 8 Mac lalu.Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan
menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas
di sebuah rumah di pantai Morib.
Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik
dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.Entri tersebut telah
pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh
pengikut akaun Instagramnya itu.
Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu,
tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan
oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan
dunia.
Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14
dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth. Awani
Pasti lepas ni,bila kes dah tersebar,orang dah start mengutuk chef wan dan
selepas tu pasti ada saja alasan dan mesej yang dia nak sampaikan hingga
boleh mematikan ayat. MH370 bukan jenaka!!!