Pegawai kerajaan Australia hari ini berkata, salah sebuah kapal terbang
yang digunakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengesan
palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan pedalaman
Lautan Hindi.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya
sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".Objek itu dilihat
oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu.
"Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain yang
tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang daripada
beberapa warna dan kepanjangan berbeza," kata penyelaras operasi pesawat
AMSA, Mike Barton.
“Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada
pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah
perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan pesawat
laju,” katanya pada taklimat media.
Barton berkata, pencarian hari ini, yang membabitkan empat pesawat tentera
dan empat pesawat awam akan kembali ke kawasan itu untuk mencuba mencari
lagi objek berkenaan.
Pakar penerbangan yang memberikan pandangan mereka berkata, palet kayu
biasanya digunakan untuk membungkus barangan dalam pesawat menyebabkan
Barton menggambarkan ia sebagai “petunjuk yang munasabah”.
Beliau berkata, palet seumpama itu biasanya dibungkus ke dalam bekas lain
sebelum dimasukkan ke perut kapal terbang tetapi ia juga sering digunakan
dalam industri perkapalan.
Beliau memberi amaran, tali yang kelihatan “boleh jadi apa sahaja” dan sehing-ga pasukan pencari berjaya mencari semula objek berkenaan dan melihatnya
sendiri, agak sukar untuk mengatakan sama ada ia berkaitan dengan MH370
atau tidak.