Hishamuddin Tun Hussein bersama (kiri) Dato’ Seri Zulkifli Mohd Zin
pada sidang media berkaitan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada
lima hari lalu.
SEPANG – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein menyangkal dakwaan lima lapangan terbang haram yang
terdapat dalam program simulasi milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie
Ahmad Shah ada hubungkait dengan kehilangan MH370.
“Tidak timbul isu sebegini dalam siasatan MH370, pihak polis sepatutnya
sudah boleh mendedahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan
kecelaruan dan percanggahan pendapat oleh mana-mana pihak,” katanya
pada sidang media di Hotel Sama-sama di sini, semalam.
Pada 16 Mac lalu, pihak polis telah menyerbu rumah Zaharie selepas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan pesawat itu menukar
haluannya dengan sengaja.
Pihak polis memeriksa program simulasi milik juruterbang itu untuk menyiasat
dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang koordinasi penerbangan beliau.
Semalam, media tempatan melaporkan, hasil pemeriksaan polis mendapati,
terdapat lima lapangan terbang terbiar berada dalam latihan simulator juru-
terbang terbabit.
Tambah Hishammuddin, “adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang
memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak
berasas.“Ia hanya akan memburukkan keadaan,” katanya. Sinar