Satu lagi spekulasi baru telah muncul namun kini datangnya dari negara
seberang Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak harusditerima
dan dijadikan petunjuk konkrit kerana ia datangnya dari seorang bomoh
Indonesia!
Bomoh wanita yang berasal dari Sumatera Utara , bernama Ani (48),kononnya
menjelajah secara ghaib mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
terhempas di kawasan paya di sebuah lembah di Vietnam.
"Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam penerbangan itu
sepertinya berada di satu lembah dengan hutan yang amat lebat ," Kata Ani
yang ditemui di Medan oleh pemberita Portal Indonesia, Antara , Khamis
(13/3/2014) .
Tambahnya lagi, kawasan itu kini "dikuasai" makhluk-makhluk ghaib.Namun,
Ani turut mendakwa kedudukannya akan diketahui dalam beberapa hari lagi.
Ani juga mengatakan orang biasa pasti sukar menerima perkara ghaib yang
diceritakannya."Saya lihat lokasi pesawat MH370 bukan di Laut Cina Selatan
mahupun diperairan Selat Melaka, tapi di suatu lembah paya".Ujar Ani bersama
suaminya, Upit yang kini tinggal di Jalan Pancasila Tembung Permatang
Kuching, Kabupaten Deliserdang , Sumatera Utar. - Sumber: Okezone.com
Kita baru sahaja dipersendakan dunia dengan kehadiran sekumpulan bomoh
yang melakukan ritual di KLIA. Walaupun dengan bantuan teropong dan
tikar terbang, sehingga ke saat ini, tiada satupun perkhabaran pesawat MH370
yang ditemukan oleh kumpulan itu.
Sekurang-kurangnya, bomoh Indonesia sudahpun mendakwa berjaya
menemui lokasi pesawat tersebut!Apapun, sebagai umat Islam, kita perlu
menolak perkara Khurafat danTahyulyang bertentangan dengan syarak. Tidak-
kira lah bomoh darinegara mana sekalipun.-sumber