Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula aplikasi game yang dinamakan
Bomoh diterbitkan semalam.
Game yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan
pemain mencari pesawat yang hilang dengan cabaran musuh bernama ‘Black
Garuda’.Individu yang bermain berlakon seakan bomoh yang terbang dengan
karpet sakti dengan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.
Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan
darat bagi mendapatkan markah untuk peringkat seterusnya. Pemenang akan
dikira dengan jumlah pesawat yang dijumpai. -myMetro-