KUALA LUMPUR: Ketua Koresponden Orient Aviation Tom Balentyne berkata aset milik pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia dapat membantu
operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi.
"Mereka mempunyai aset yang banyak kerana pangkalan tentera Amerika
Syarikat di Diego Garcia digunakan kerana situasi di rantau Teluk terutama
sekali Iraq. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh
bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.
"Kita harus ingat bahawa peralatan ini digunakan untuk mencari kapal selam
musuh. Ia boleh juga mencari logam yang besar di bawah laut. Ia boleh
membantu mengesan logam pesawat,"
Namun, beliau akui bahawa walaupun mempunyai peralatan yang canggih,
lautan Hindi sangat luas dan operasi SAR akan menjadi agak sukar.
Ditanya jika pertolongan Amerika Syarikat ataupun misi SAR perlu merangkumi
Lautan Hindi dari hari pertama, beliau berkata bahawa tiada siapa menyangka
penerbangan itu berkemungkinan terbang ke Lautan Hindi.
"Tiada siapa menyangka ini akan berlaku. Tetapi kita juga tidak boleh tumpu
kepada kawasan ini sahaja. Misi di Laut China Selatan perlu diteruskan. Kita
tidak boleh tolak sebarang kemungkinan," kata beliau.Sumber