SEPANG – Pihak berkuasa Malaysia menerima latar belakang yang
diperiksa terhadap kesemua penumpang pesawat MH370 dari semua
negara berkaitan, kecuali Rusia dan Ukraine, kata pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Kami menerima latar belakang individu penumpang yang diperiksa,
dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia yang mana mempunyai
rakyatnya di dalam pesawat tersebut. Setakat ini tiada maklumat yang
penting dalam mana-mana penumpang ditemui,” kata Hishammuddin
pada sidang media di sini, Rabu.
Seramai 239 penumpang dan anak kapal dengan kewarganegaraan
berbeza menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang
berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
8 Mac lalu.
Pesawat itu, yang hilang dari radar Malaysia pada pukul 2.15 pagi hari
yang sama membawa warga China, Malaysia, Australia, New Zealand,
Perancis, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, Taiwan dan
Belanda.
Perlu diingat, Russia dan Ukraine kini sedang bersengketa.Tentera Rusia
telah menawan Crimea yang merupakan wilayah Ukraine yang diberikan
taraf pemerintahan autonomi.
Wilayah itu mengandungi sebuah pangkalan tentera laut milik Rusia.
Askar-askar Rusia turut mengepung beberapa buah pusat ketenteraan
Ukraine dan menuntut tentera negara itu meletakkan senjata. Berita Rtm