KUALA LUMPUR: Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa
pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak
Sabtu lalu berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera
Amerika Syarikat diLautan Hindi.
Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik
Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling
bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama
Diego Garcia.
“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di
pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang
berada di pulau tersebut. Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan
radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui
kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi.
sumber: Astro Awani