Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh
manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.Segala penciptaan
baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh
terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.
Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut
terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi
‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.
Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai
teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.
Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui
beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke
atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan
Generasi.
Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha
untuk mencapai matlamat tersebut.Mereka belajar dari setiap kesilapan
dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada
hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau meng-
hadapi akibatnya.
anya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi
Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.
Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa
tiada apa yang mustahil.
Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan
kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan
kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui
tetapi satu petunjuk pun tidak ada.
Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara
pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.Maka, jika ada
yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah
pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan
dan kekal menjadi spekulasi.
Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam
mengesan pesawat tersebut.Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit
Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun
letupan di udara.
Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu,
sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.Satelit dengan
teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA
Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas
dari Lapangan Terbang JFK.
Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih
juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.
Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera,
FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.Pendek kata,
habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam
usaha mencari pesawat malang ini.
Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di
daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui.
Satu-satunya satellit yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai
pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.
Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun,
disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.Yang menjadi persoalan ialah
kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu
dari China?
Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?
Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi
tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji
kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?
Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa
tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.
Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk
berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka
selesai?
Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan
apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan
juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.
Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan
dan juga keselamatan.Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-
gemburkan.Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai
lemah dan tidak berdaya.
Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain
seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370
ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.
Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan
Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat
buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara
ini sedikit masa lagi.
Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu
diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh
ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan
negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?sumber