Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar
penerbangan.Jika usaha mencari pesawat hilang MH370 gagal setelah
memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak akan
dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan.
Merujuk kepada nahas 1972 melibatkan pesawat Pan Alaska Airways, Sylvia
Adcock menerusi laman sesawang CNN berkata, pesawat Cessna berlepas
dari sempadan Anchorage ke Juneau dalam cuaca buruk namun pesawat itu
tidak mendarat.Pencarian pesawat itu diperluaskan mencakupi kawasan seluas
325,000 kaki persegi dengan 3,600 jam penerbangan untuk kerja pencarian.
Namun usaha tersebut menemui jalan buntu setelah 39 hari operasi mencari
dan menyelamat dijalankan.Berhubung pesawat Malaysia Airlines 777-200ER yang hilang pada Sabtu dengan membawa 239 penumpang dan anak
kapal, Adcock berkata, satelit China dapat mengesan imej yang dikatakan
kawasan nahas.
Namun pesawat Malaysia dan Vietnam yang melakukan kerja pencarian
di Laut China Selatan semalam mendapati tiada tanda pesawat Boeing
777 berada di kawasan itu. – The Malaysian Insider