Buat seketika selama beberapa hari ini, kontroversi Hanez Suraya mengenai
percintaannya dengan suami orang berjaya dilupakan dan dikaburi dengan
berita yang lebih penting iaitu isu kehilangan pesawat MH370.
Bagaimanapun secara tiba-tiba pelakon tersebut kembali memuat naik sekeping
gambar di Instagram sekitar petang semalam selepas kurang aktif di laman
sosial tersebut sebaik sidang media berkenaan isu ini diadakan tempoh hari.
Walaupun ianya bukanlah gambar kontroversi, namun ruangan komen gambar
tersebut telah dibanjiri dengan perdebatan hebat antara penyokong Hanez dan
pengkritiknya.
Kata-kata motivasi yang dimuat naik Hanez berserta caption ‘Insya-Allah’
Selain menasihatkan Hanez supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan
atau kemaskini lagi berkaitan isu ini, ada juga yang menyarankan pelakon itu
berpisah dengan jejaka bernama R berkenaan atas alasan itu yang terbaik
untuknya.
Namun tidak hanya mendiamkan diri, Hanez pantas membalas komen negatif
yang diterimanya dengan mengatakan masyarakat hanya pandai menuding
jari tanpa mengetahui perkara sebenar.
Malah, pelakon Autumn Di Hatiku itu juga mendedahkan dia langsung tidak
menyangka isu ini akan menjadi besar dan berlarutan seperti sekarang selain
menganggap ianya adalah ketentuan Allah S.W.T.
Apapun diharapakan persengketaan ini dapat diselesaikan dengan cara baik
tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak lagi.