Operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 digerakkan di laut
dan udara untuk mengesan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu
dalam laluan KL-Beijing pada subuh 8 Mac 2014.

Gambar kapal perang USS Kid yang digunakan dalam operasi mencari
pesawat MAS MH370 hilang dalam operasi hari ke enam di lautan Hindi
Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines
MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi
maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan
semalam.
Namun isyarat ‘ping’ menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan
dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat
dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal
dihubungi menara kawalan.
Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang
mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.Namun, ping sahaja
tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.
Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat MH370 itu yang meninggalkan
Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.
Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman
dan perairan di sekitar Malaysia.
Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian
akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju
ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia.sumber